Rabu, 04 Juli 2012

10 Ciri Pemimpin Bugis


Seorang Pemimpin harus memiliki 10 ciri antara lain :



Tellabu Essoe ri Tengnga Bitarae




1.mempunyai watak BUMI, iaitu seorang pemimpin mampu untuk melihat jauh ke depan, berwatak murah hati, suka beramal, dan sentiasa berusaha untuk tidak mengecewakan kepercayaan rakyatnya

2.Mempunyai watak LANGIT, iaitu langit mempunyai keluasan yang tak terbatas hingga mampu menampung apa saja yg datang padanya. Seorang pemimpin perlu mempunyai keluasan batin dan pengendalikan diri yang kuat, sehingga dengan sabar mampu menampung pendapat rakyatnya yang bermacam-macam

3.mempunyai watak BINTANG, iaitu bintang sentiasa mempunyai tempat yang tetap di langit sehingga dapat menjadi pedoman arah (Kompas). Seorang pemimpin hendaklah menjadi teladan rakyat kebanyakan tidak ragu menjalankan keputusan yang disepakati, serta tidak mudah terpengaruh oleh pihak yang akan menyesatkan.

4.Mempunyai watak MATAHARI, iaitu matahari adalah sumber dari segala kehidupan, yang membuat semua makhluk tumbuh dan berkembang. Seorang pemimpin mampu untuk mendorong dan menumbuhkan daya hidup rakyatnya untuk membangun negara dengan memberikan bekal lahir dan batin untuk dapat berkarya dan memamfaatkan cipta, rasa, dan karsanya.

5.Mempunyai watak BULAN, iaitu kewujudan bulan sentiasa menerangi kegelapan malam dan menumbuhkan harapan sejuk yang indah mempesona. Seorang pemimpin hendaklah sanggup dan dapat memberikan dorongan dan mampu membangkitkan semangat rakyatnya, ketika rakyat sedang menderita kesulitan. Ketika rakyatnya sedang susah maka pemimpin perlu berada di depan dan ketika rakyatnya senang pemimpin berada di belakang.

6.Mempunyai watak ANGIN, iaitu angin selalu berada disegala tempat tanpa membezakan daratan tinggi dan daratan rendah ataupun gaung. Seorang pemimpin hendaklah selalu dekat dengan rakyatnya, tanpa mengira darjat dan martabatnya, hingga secara langsung mengetahui keadaan & keinginan rakyatnya.

7.Mempunyai watak API, iaitu api mempunyai kemampuan untuk membakar habis dan menghempaskan segala sesuatu yang bersentuhan dengannya. Seorang pemimpin hendaklah berwibawa dan berani menegakkan undang-undang dan kebenaran secara tegas dan tuntas tanpa pandang bulu.

8.Mempunyai watak TANAH, iaitu tanah merupakan asas berpijak dan rela dirinya ditumbuhi. Seorang pemimpin harus menjadikan dirinya penyubur kehidupan rakyatnya dan tidak tidur memikirkan kesejahteraan rakyatnya.

9.Mempunyai watak SAMUDRA, iaitu laut, betapa luasnya, sentiasa mempunyai permukaan yang rata dan bersifat sejuk menyegarkan. Seorang pemimpin hendaklah menempatkan semua rakyatnya pada darjat dan martabat yang sama di hatinya. Dengan demikian ia dapat berlaku adil, bijaksana dan penuh kasih sayang terhadap rakyatnya.

10.Mempunyai watak RUMAH, iaitu rumah sentiasa menyiapkan dirinya dijadikan sebagai tempat berteduh malam dan malam. Seorang pemimpin harus memayungi dan melindungi seluruh rakyatnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar